suria

Ramai tak tahu orang buta boleh main media sosial, Azmi Saat tunjuk cara balas komen

Azmi akhirnya mendedahkan cara OKU penglihatan menggunakan media sosial.

SERING ditanya bagaimana Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan menggunakan media sosial, penyanyi Azmi Saat tampil mendedahkan rahsia dan cara dia menggunakan telefon bimbit.

Kata Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, orang buta juga boleh berhubung dengan dunia luar menerusi fungsi aksesibiliti yang tersedia dalam telefon pintar mereka.

"Rupanya masih ramai yang tak tahu orang buta ini boleh gunakan telefon sebab setiap kali saya buat perkongsian di media sosial, ramai tanya macam mana saya menaip. 

Azmi terbuka menjawab persoalan yang sering diajukan netizen.

Azmi terbuka menjawab persoalan yang sering diajukan netizen.

"Ada juga yang tertanya-tanya saya boleh baca ke setiap komen. Ramai rupanya masih tak tahu.

"Sebenarnya kami menggunakan aksesibiliti yang ada di telefon pintar. Masuk di settings, on kan voice over nanti setiap tulisan akan dibacakan. Apa saja yang korang tulis, komen, berapa yang like semua saya boleh tahu," katanya. 

Azmi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Azmi Saat sengaja buat ‘dark jokes’, tergelak baca komen netizen kata makin jauh dengan syurga

ARTIKEL BERKAITAN: Anak belum boleh bercakap selepas usia 2 tahun, Azmi Saat menanti nikmat dipanggil 'ayah'... Sedia tanggung kos tinggi untuk terapi

Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi cabaran menggunakan sesetengah platform media sosial yang kurang mesra untuk pengguna OKU penglihatan.

Justeru itu, Azmi berharap perkongsiannya itu dapat membuka mata masyarakat mengenai kehidupan dan cabaran sebenar yang dihadapi golongan OKU penglihatan ketika menggunakan teknologi moden.

"Punyalah dahsyat Threads tak mesra orang buta bila saya nak balas komen orang, sampai tak jumpa butang untuk post komen. 

"Voice over tak boleh baca butangnya, jadi saya lebih aktif di Facebook berbanding media sosial lain.

Azmi dilihat semakin aktif di media sosial.

Azmi dilihat semakin aktif di media sosial.

"Saya harap video ini dapat menjawab. Kalau sudi kongsikanlah supaya ramai yang tahu dan terus dapat mendalami dunia kami," ujarnya. 

Sebelum ini, Azmi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sebuah hantaran di media sosial mengenai pengalamannya menginap di sebuah resort di Port Dickson.

Menerusi perkongsian itu, Azmi berseloroh mahu meminta bayaran balik kerana bilik yang ditempah menjanjikan pemandangan laut daripada balkoni, namun dia tidak dapat melihatnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain