suria

Azmi Saat sengaja buat ‘dark jokes’, tergelak baca komen netizen kata makin jauh dengan syurga

 PENYANYI Azmi Saat mengakui sengaja mencetuskan rasa ‘seram’ dalam kalangan netizen menerusi lawak yang dikongsi di media sosial bagi mengusik engikutnya.

Menurut Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, dia memahami sebahagian masyarakat di Malaysia kurang selesa apabila kecacatan dijadikan bahan jenaka, namun baginya ia sekadar hiburan ringan dan tidak membawa maksud lain.

Malah, dia berharap pendekatannya itu dapat merapatkan jurang antara golongan normal dengan individu Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sepertinya.

“Saya memang tahu orang Malaysia seram bila melawak perkara begitu, tapi itulah yang lucunya.

“Ada yang kata dia nak masuk syurga tapi kalau gelak lawak saya itu rasa jauh dari syurga. Benda begitu buat saya tergelak bila baca komen orang.

“Saya memang saja buat lawak begitu bagi mereka seram sikit, tapi sebenarnya tujuan saya cuma nak rapat dengan orang normal di luar sana lebih rapat dengan orang seperti saya (orang kurang upaya penglihatan),” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Azmi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sebuah hantaran di media sosial mengenai pengalamannya menginap di sebuah resort di Port Dickson.

Menerusi perkongsian itu, Azmi berseloroh mahu meminta bayaran balik kerana bilik yang ditempah menjanjikan pemandangan laut daripada balkoni, namun dia tidak dapat melihatnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi