suria

Video lagu raya bersama arwah bapa tular, anak Jalil Hamid cerita momen ajak duet.. Jadi kenangan untuk cucu

ANAK kepada pelakon Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah tidak menyangka lagu raya nyanyian mereka berjudul Dendang Hari Raya kembali mendapat perhatian ramai selepas pemergian arwah.

Menurut Afiqah, 33, rakaman lagu tersebut menjadi antara momen paling bermakna dalam hidupnya kerana ia dilakukan ketika arwah masih sihat dan penuh semangat, sebelum pergi buat selama-lamanya pada Isnin lalu.

“Mula-mula ayah suruh saya nyanyi seorang diri, tapi saya kata nanti cucu nak dengar. Kemudian dia biar saya menyanyi dulu, lepas itu dia pula menyanyi.

“Memang segalanya dipermudahkan waktu itu. Alhamdulillah, memang ada rezeki untuk saya bayar studio dan segala urusan rakaman.

“Bagi saya itu adalah momen yang sangat berharga. Saya bersyukur ayah tahu saya hargai penulisan dia,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Allahyarham Jalil meninggal dunia di kediamannya di Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi