suria

Aweera tak boleh nyanyi ‘part’ tinggi akibat masalah pita suara, masih dalam pemantauan doktor

PENYANYI Aweera mendedahkan dia masih menerima rawatan selepas mengalami masalah pada pita suaranya.

Menurut Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 35, keadaan itu bukan sahaja memberi cabaran buat dirinya, malah terpaksa berdepan kecaman segelintir pihak yang mendakwa kemampuan vokalnya tidak lagi sehebat dahulu.

“Ya sekarang ini saya masih lagi dalam pemantauan pihak doktor selepas saya diserang masalah pita suara rosak gara-gara menyanyikan lagu tinggi seperti Romancinta.

“Alhamdulilah saya sudah ikut semua saranan doktor untuk makan ubat dan vokal terapi dan keadaan semakin pulih, minta doakan saya saja.

“Biasalah saya manusia lemah kan bila dapat komen orang cakap bahagian tinggi saja saya bagi peminat nyanyi, itu sebab saya tahu kemampuan tahap mana kerana ketika itu keadaan tidak mengizinkan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi