suria

Rezeki orang tak sama, Sharifah Shahirah jadikan Adibah Noor artis contoh... “Jangan cakap juara tak berjaya”

PENYAMPAI radio Sharifah Shahira menasihati peserta pertandingan nyanyian supaya tidak berputus asa meskipun tidak meraih bergelar juara.

Menurut Shahira atau mesra disapa Shiera, 52, perjalanan dalam dunia seni tidak semudah yang disangka kerana setiap individu mempunyai rezeki dan masa yang berbeza untuk dikenali ramai.

“Hidup sebagai artis ada naik turunnya. Jangan cakap juara tak semestinya berjaya, juara insya-Allah akan berjaya, mungkin bukan hari ini tapi satu hari nanti akan meletup

“Jadikan arwah Adibah Noor sebagai contoh, bila masuk Anugerah Juara Lagu dengan lagu Terlalu Istimewa namanya terus dikenali, sedangkan dia dah menyanyi awal lagi dari itu,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, kata Shiera walaupun sudah lama berada dalam industri, dia sendiri tidak lari daripada menerima kecaman dan komen negatif terhadap kerjanya.

“Saya kadang-kadang buat kerja pun dikecam tak bagus tak kelakar walaupun dah 20 tahun bekerja.

“Siapa masuk pertandingan memang saya salute dan ucapkan tahniah walaupun kalah, sebab mereka berani. Saya tak pernah masuk pertandingan, Talk To My Manager tahun lepas sahaja,” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi