suria

Ammar Ahyan percaya bapa mampu jadi menteri, Aliff Syukri boleh bantu elak pembaziran wang negara

ANAK sulung kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, percaya bapanya berpotensi menjadi seorang menteri yang sangat baik dengan pengalaman luas dalam dunia perniagaan.

Menurut Ammar, 18, ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki bapanya mampu memberi manfaat kepada rakyat serta membantu mempertingkatkan pengurusan kerajaan.

"Ayah saya boleh jadi menteri. Pertama sekali, dia dah biasa dengan persekitaran syarikat swasta, jadi mungkin akan bantu pengurusan kerja kerajaan lebih efisien.

"Dengan pengalaman yang dia ada, mungkin akan bantu kerajaan lebih maju dan dia juga ada ciri-ciri kepimpinan sebab dia tak suka membazir, akan elak pembaziran wang kerajaan.

"Saya bukan akan undi dia sebab saya ni anak dia, tapi saya akan undi sebab tahu dia ketua yang sangat bagus," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, kehadiran Ammar di Konvensyen 80 Tahun Umno pada Sabtu lalu turut mencuri perhatian netizen di media sosial.

Jelas Ammar, dia kini layak mengundi pada PRU16 dan ingin melihat sendiri bagaimana pemimpin menjaga negara serta berinteraksi dengan golongan muda.

"PRU akan datang saya dah boleh mengundi. Jadi, saya pergi konvensyen kerana nak tengok pemimpin yang jaga negara, nak tengok rancangan mereka untuk golongan muda, dan nak tengok persekitaran dunia politik," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi