suria

Peluang 5 hari bersama Azar Azmi buka mata Vida, tersentuh lihat sisi kuat seorang ibu

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida tersentuh dengan sikap dan keperibadian wanita pelakon Azar Azmi yang disifatkan cukup positif serta sederhana.

Kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, dia turut kagum sikap tenang dan penyabar Azar berdepan ujian hidup termasuklah menguruskan anaknya yang dikatakan hiperaktif.

“Saya duduk lima hari dengan Azar, saya bagi tempat tinggal dan kerja. Saya ibaratkan dia ni lurus bendul sebab dia tak fikir yang rumit-rumit.

“Dia sentiasa positif dan bagi saya Allah hadirkan rezeki ini untuk jadikan dia sebagai teladan.

“Lima hari dengan dia, saya lihat kesungguhan dia jaga anak yang hyper tapi dia tetap tenang. Sebagai seorang ibu, saya sangat hormat dia,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Vida turut mengakui dia dan Azar mempunyai persamaan dari segi pengalaman hidup terutama dalam hal memilih pasangan.

Katanya, kedua-duanya pernah melalui fasa membuat pilihan yang kurang tepat dalam hubungan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi