suria

mStar Baek musim keempat kembali, selebriti dan OKU pendengaran antara didekati

SELEPAS kejayaan tiga musim terdahulu, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kolaborasi bersama KPJ Healthcare iaitu mStar Baek, kembali untuk musim keempat.

Untuk musim terbaharu ini, seramai lapan penerima telah dipilih, termasuklah selebriti yang kini berdepan ujian kesihatan.

Salah seorang penerima iaitu pelakon Harun Hashim meluahkan rasa syukur dan terharu kerana dipilih menjadi penerima untuk musim ini.

Selain Harun, empat lagi penerima yang diraikan semasa majlis pelancaran mStar Baek musim keempat ialah Shahriza Mahmud, Adrian Adam anak kepada pelakon Amyza Aznan, Haziq Danish dan Muhammad Aqil Rayyan.

Majlis pelancaran dan penyerahan sumbangan itu telah diadakan di Saloma Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Chin Keat Chyuan berkata, kolaborasi yang terjalin bersama mStar Baek sejak dua musim lalu membolehkan pihaknya memperluaskan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Kami sentiasa berpegang kepada prinsip ‘Care for Life’, kerjasama ini amat bermakna kerana ia memberi impak positif dan menyeluruh kepada masyarakat,” ujarnya.

Selain wang tunai RM3,000, lapan penerima sumbangan turut diberikan kad rawatan Klinik Wakaf An-Nur yang membolehkan mereka mendapatkan rawatan percuma di klinik berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi