suria

Dipandang serong kahwin janda... Namie minta buang stigma lapuk, terkilan orang terdekat tak memahami

PELAWAK dan pengacara Namie meluahkan rasa terkilan apabila masih ada segelintir masyarakat memandang negatif terhadap perkahwinannya dengan seorang wanita berstatus janda.

Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 30, berkata orang luar tiada hak mengadili seseorang berdasarkan kisah perkahwinan sebelum ini.

“Status seseorang bukan hak untuk kita jatuhkan hukuman... sebab kita jumpa dia (isteri) sebagai diri dia yang sekarang, bukan masa silam dia.

“Benda-benda lepas itu adalah stigma masyarakat yang sudah lapuk, saya kahwin dengan dia kerana siapa dia hari ini,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Namie tidak menafikan dirinya pernah terkesan dengan kecaman, terutama pada awal perkahwinan apabila menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Awal-awal kahwin, memang terasa juga tapi saya anggap itu ujian untuk saya, isteri dan anak-anak supaya jadi lebih kuat.

“Yang sokong ramai, yang kecam itu biasalah sikit saja jadi saya tak ambil port sangat,” luahnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi