suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Industri hiburan haram? Noki K-Clique tak setuju kenyataan influencer, kena ada adab menegur

PENYANYI dan pelakon Noki K-Clique tidak bersetuju dengan cara teguran seorang pempengaruh yang mendakwa pendapatan pemain industri hiburan adalah haram.

Jelas Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 32, dia menegaskan setiap teguran seharusnya disampaikan dengan beradab dan tidak secara melulu sehingga boleh mengundang salah faham serta kebencian.

“Kalau nak tegur ada adab dan cara, tak bolehlah nak tegur orang dengan terus menembak.

“Manusia tak lari daripada buat silap, dalam Islam pun ada ajar cara dan adab menegur seseorang.

“Apa yang dia buat itu menimbulkan kebencian sebab dia bawa negativiti walaupun apa dia cakap ada fakta,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Noki antara pelakon yang membintangi drama bersiri Aku Pilih Pelangi yang mula ditayangkan sejak 16 April lalu menerusi platform penstriman Viu.

Selain Noki, karya arahan Riza Baharudin itu turut dibintangi Mira Filzah, Zahiril Adzim, Datuk Seri Shah Rezza dan Auni Yusri.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi