suria

Eda Ezrin menghitung hari bersalin, ‘Adek Saye Abe Sore’ rezeki anak... Abaikan komen ungkit cerita lama

PENYANYI  Eda Ezrin mengakui masih berdepan tekanan apabila terus menerima kecaman daripada orang ramai sehingga kini.

Eda atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu melayan komen negatif berkenaan.

“Kalau ikutkan kecaman tu memang tak akan habis. Jadi saya cuba fikir positif saja.

“Saya tahu apa orang cakap, tapi saya buat-buat tak tahu. Kalau layan sangat, memang stres,” katanya kepada mStar.

Menurutnya, apa yang berlaku memberi kesan mendalam sehingga dia masih belum pulih sepenuhnya daripada trauma dialami.

“Tipu kalau nak kata saya okey 100 peratus. Masih ada lagi rasa trauma tu, apa yang jadi memang sangat susah untuk diterima,” ujarnya.

Eda memberitahu dia juga ada menerima mesej daripada orang ramai yang memberi nasihat dan sokongan agar terus kuat menghadapi ujian.

Dalam perkembangan lain, Eda sekarang sedang giat mempromosikan lagu duet terbaharunya berjudul Adek Saye Abe Sore.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi