suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu nama besar, Idzham Ismail terbuka digandingkan dengan pelakon baharu

PELAKON Idzham Ismail tidak pernah meletakkan syarat untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon terutamanya pelapis baharu dalam industri.

Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 38, berkata fokus utamanya adalah memberikan yang terbaik dan bukannya memandang populariti semata-mata.

“Saya tak pernah memilih nak kerja dengan siapa tak kisah pelakon baru atau lama, asalkan dia boleh bawa watak dengan baik.

“Kalau lakonan itu sampai, insya-Allah cerita itu pun akan menjadi,” katanya kepada mStar online.

Menurutnya, setiap pelakon mempunyai perjalanan berbeza dan dia sendiri pernah melalui fasa awal sebagai pendatang baharu.

“Saya faham macam mana perasaan bila baru nak naik. Jadi bagi saya, tak ada isu pun kalau digandingkan dengan pelakon yang belum ada nama sebab kita semua bermula dari bawah,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi