suria

Miliki lebih 200 buah rumah, Aliff Syukri beli aset sampai ke London dan Indonesia... “Kami buat sewa”

BERFIKIRAN jauh ke hadapan, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia mula mengumpul aset bagi tujuan pelaburan dengan membeli rumah pertama seawal usia 19 tahun.

Menurut Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, jumlah keseluruhan aset hartanah dimilikinya kini sudah melebihi 200 unit.

“Rumah yang saya baru beli hari itu adalah yang ke-200 kalau tak silap. Kebiasaannya, rumah yang saya beli adalah jenis apartmen dan kondominium.

“Semua rumah ini saya sewakan, inilah salah satu pendapatan selain perniagaan kosmetik yang saya jalankan.

"Bukan nak riyak, tetapi saya memang mula melabur dalam hartanah sejak usia 19 tahun,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Aliff berkata dia memiliki hartanah di beberapa lokasi termasuk Sungai Buloh, Puncak Alam dan Setia Alam, selain satu unit di London serta 15 buah rumah di Indonesia.

“Saya ada rumah di Sungai Buloh, Puncak Alam, Setia Alam, di London ada satu dan di Indonesia pula sekitar 15 unit.

“Semua yang saya sebut ini sudah diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi