suria

Syasya Rizal berubah lebih tegas dan teliti, keluar perangai ‘mak-mak’ selepas lahir anak kedua

PENYANYI Syasya Rizal mengakui banyak perubahan yang berlaku pada dirinya terutama selepas melahirkan anak keduanya.

Menurut Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, dia kini lebih tegas dan teliti berbanding dahulu.

Ini kerana dia mahu memastikan keselamatan kedua-dua anaknya terjamin.

“Saya rasa memang ada perubahan itu sebab orang yang mengenali saya pasti perasaan perubahan ini kerana sebelum kahwin atau anak pertama dulu saya agak manja sikit.

“Tapi berbeza untuk anak kedua ini saya lebih tegas dan teliti sikit daripada segi percakapan, bila tengok video pun ya memang perasaan perubahan tu.

“Saya jadi macam ni sebab mahu pastikan keselamatan anak-anak terjamin kerana nak anak tu selamat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi