suria

Nazrey Johari senang hati terima ‘job’ nyanyian, bantu tampung kos pusat tahfiz RM30,000 sebulan

BEKAS anggota utama kumpulan nasyid Raihan, Nazrey Johani mengakui tujuan utama dia kembali aktif menyanyi adalah kerana mahu membantu menampung kos operasi madrasah miliknya iaitu Maahad Tahfiz Ustaz Nazrey Johani.

Nazrey atau nama sebenarnya Nazrey Johani Abdullah, 54, berkata, antara cabaran terbesar dalam mengendalikan madrasah adalah soal kewangan termasuk menyediakan keperluan asas pelajar dan membayar gaji guru.

“Masalah utama menguruskan madrasah ini ialah duit, nak beli makan minum, jubah, pakaian, buku dan semua keperluan pelajar saya tanggung 100 peratus. Pelajar saya pun ada dua kategori iaitu yang belajar sepenuh masa dan yang bersekolah kerajaan.

“Saya tak ada sumber lain. Apa yang saya ada, saya menyanyi, orang sumbang, itulah duit untuk hidupkan madrasah ini,” katanya kepada mStar.

Menurut Nazrey, dia memerlukan sebanyak RM30,000 sebulan untuk menampung kos operasi madrasah termasuk pembayaran gaji tenaga pengajar dan kakitangan.

“Gaji sahaja dekat RM30,000 sebulan. Itu belum masuk makan minum dan keperluan lain.

“Kalau difikir memang boleh sakit otak dan susah hati. Kita tak nak sampai staf tak bergaji walaupun kadang-kadang mereka sanggup bertolak ansur lillahi taala,” ujarnya.

Tambah Nazrey, kebanyakan persembahan yang diterima banyak membantu dirinya menampung perbelanjaan madrasah termasuk membeli barangan dapur dan keperluan harian pelajar.

Malah, sepanjang Ramadan lalu dia bersyukur kerana menerima banyak tawaran persembahan, sekali gus membantu buat pelajar tahfiz miliknya itu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi