suria

Mahu banggakan ibu, Cik B tak kejar hadiah juara TTMM2... “Mama boleh je transfer RM30,000”

ANAK kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, menegaskan dia tidak melihat dirinya sekadar ‘filler’ atau penyeri bagi rancangan Talk To My Manager (TTMM) musim kedua.

Percaya dengan kemampuan diri, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkata sasaran utamanya bukanlah untuk merangkul kejuaraan, sebaliknya ingin menurunkan berat badan melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang program.

"Saya rasa diri saya adalah penyeri dan berbakat, kalau dah saya penyeri mungkin ada potensi untuk mara lebih jauh..

"Tapi asaran utama saya adalah untuk turun berat badan. Bila masuk TTMM, ada aktiviti harian macam kelas vokal dan menari. Saya nak turunkan sehingga 80 kilogram," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Cik B menegaskan habuan juara bukanlah matlamat utama kerana apa yang lebih penting adalah melihat ibu tersayang berasa bangga dengan pencapaiannya.

"Pemenang dapat RM30,000? Saya tak peduli sangat tentang duit tu.

"Saya cuma nak mama bangga dengan saya. Sebab mama boleh je transfer duit sebanyak itu kalau nak," selorohnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi