suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tam Spider harap Lan dan Rody Kristal kembali bersatu demi peminat, duduk berbincang ‘man to man’

PENYANYI Tam Spider berharap kemelut antara anggota kumpulan Kristal iaitu Rody dan Lan dapat diselesaikan secara baik demi masa depan muzik mereka.

Tam atau Rustam Mustafah, 53, meminta supaya kedua-dua pihak duduk bersemuka dan berbincang secara matang tanpa melibatkan mana-mana pihak luar.

“Kalau ada tak puas hati, duduk semeja dan cakap elok-elok jangan pendam sampai jadi besar, lagi-lagi bila benda itu keluar di media sosial, ia hanya akan keruhkan keadaan.

“Bincang ‘man to man’, tak perlu libatkan orang lain, isteri ke apa biar berdua saja tanpa buka cerita di media sosial sebab orang luar tak tahu situasi sebenar,” katanya kepada mStar.

Tam bagaimanapun mengakui keputusan untuk berdamai terletak sepenuhnya di tangan Lan dan Rody, namun dia tetap menaruh harapan agar hubungan mereka kembali pulih suatu hari nanti.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi