suria

Dakwa anak dicabul individu terdekat, bekas suami Kak Nona mahu polis bertindak

BEKAS suami kepada usahawan Kak Nona yang dikenali sebagai Pak Edy tampil membuat pendedahan mendakwa anak-anaknya menjadi mangsa cabul individu dipercayai rapat dengan keluarga mereka.

Pak Edy atau Mazylan Edy Abdul Manap, 53, memberitahu sudah membuat laporan polis dan kes berkenaan kini sedang dalam siasatan.

“Anak-anak cari saya kembali dan memberitahu mereka menjadi mangsa cabul dan saya terus temani mereka untuk membuat laporan polis. Sekarang siasatan sedang dijalankan.

“Mengenai si pelaku pula, saya hanya boleh katakan dia seorang yang terdekat dan mungkin juga dikenali,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai keadaan anak-anak, Pak Edy mendedahkan anak kedua dan ketiganya masing-masing berusia 17 dan 21 tahun mengalami trauma serius akibat kejadian tersebut.

“Pihak hospital juga telah mengarahkan agar anak saya menjalani sesi terapi sebanyak tiga kali seminggu,” jelasnya.

Untuk rekod, Pak Edy dan Kak Nona sah bercerai pada tahun 2022.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi