suria

Wafariena dah anggap Zizan Razak macam abang, tergelak ada peminat minta dijodohkan

PELAKON  Wafariena Roslan menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak Zizan Razak selepas ramai peminat menyukai keserasian mereka.

Wafariena atau mesra disapa Wafa, 31, berkata hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja dan keserasian yang ditampilkan itu hanyalah demi tuntutan watak.

“Hubungan kami memang dah lama okey. Kami cuma ada keserasian sebagai kenalan rapat… Macam abang dengan adik sahaja.

“Tak adalah nak ke arah seterusnya. Sebab itu kami boleh bekerjasama dengan baik, apa yang orang nampak itu hanyalah lakonan semata-mata.

“Untuk rancangan masak itu pun kami memang kena bawa watak dan ikut skrip. Bukan boleh main buat sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Wafa, dia juga tidak ambil serius apabila ada peminat yang cuba menjodohkannya dengan Zizan kerana menganggap perkara itu sebagai lumrah dalam industri hiburan.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi