suria

Nak ikut macam penyanyi lain, Farez Adnan teringin beli mikrofon sendiri tapi belum cukup bajet

PENYANYI Farez Adnan menyimpan hasrat untuk memiliki mikrofon peribadi seperti kebanyakan artis lain dalam industri hiburan.

Farez, 31, bagaimanapun berkata hasrat itu masih belum dapat direalisasikan buat masa ini kekangan kewangan selain peluang kemunculan di skrin televisyen yang masih terhad.

“Saya sebenarnya teringin juga nak beli mikrofon sendiri macam artis-artis lain, tapi buat masa ini bajet saya memang tak besar.

“Ada juga saya dengar harga mikrofon peribadi yang bagus dalam lingkungan RM10,000 hingga RM15,000.

“Setakat ini pun, saya masuk televisyen boleh kira juga. Jadi mungkin belum masanya lagi untuk saya buat pelaburan macam itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi