suria

“Sedap pun orang tetap cari salah” - Intan Maya rasa terbeban nyanyi lagu Cinta Tersimpul Rapi 2026

PENYANYI Intan Maya mengakui berasa terbeban apabila membawakan semula lagu Cinta Tersimpul Rapi 2026 yang pernah dipopularkan oleh Anis Suraya.

Intan atau nama sebenarnya Intan Normayasari, 21, berkata dia tidak menyangka lagu berkenaan memberi tekanan besar terhadap dirinya sehingga menjadi sasaran netizen.

“Memang saya rasa terbeban sebab lagu itu sangat besar auranya, saya sendiri membesar dengan lagu itu jadi bila nak bawakan semula dalam versi baharu, saya tertanya-tanya sama ada orang boleh terima atau tidak.

“Tambahan pula bila ada pelbagai versi termasuk AI, akhirnya saya pula jadi sasaran kecaman sampaikan saya humming pun orang tak suka dengar,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Intan mengakui kecaman diterima memberi kesan terhadap emosi dan keyakinan dirinya sebagai penyanyi.

“Kalau ikutkan, memang down juga sampai pernah menangis, nak buat persembahan atau orang minta nyanyi pun jadi takut fikirkan nanti orang tak suka pula kan,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi