suria

Hisyam Hamid penat bawa watak curang, tapi stesen TV suka banyak rating... Mahu cuba pelbagai karakter

PELAKON Hisyam Hamid mengakui dirinya secara peribadi sudah penat untuk terlibat dalam karya yang mengetengahkan isu kecurangan.

Menurut Hisyam, 41, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada pihak stesen televisyen yang lebih cenderung memilih naskhah berunsur sedemikian kerana mampu meraih jumlah tontonan tinggi.

“Secara peribadi saya sudah penat nak berlakon cerita macam itu (isu curang), tetapi realitinya cerita begitu yang mendapat rating tinggi untuk stesen TV.

“Sebagai stesen TV, sudah tentu mereka mahukan jumlah tontonan yang tinggi. Jadi apabila cerita seperti itu mendapat sambutan, mereka akan terus menerbitkannya.

“Kita pelakon cuba menghasilkan sesuatu yang berbeza, tetapi apabila tidak mendapat sambutan, stesen TV tidak akan meneruskannya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Hisyam kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Black Ops yang juga merupakan filem aksi pertamanya.

Selain Hisyam, filem arahan Syafiq Yusof itu turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Sharnaaz Ahmad, Aaron Aziz, Fauzi Nawawi, Andy Teh, MK K-Clique, Elizabeth Tan dan Raja Afiq.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi