suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati Mira Filzah terusik, anak dah pandai persoal ‘mama pergi mana’... Usaha tambah cahaya mata

SELEPAS menerima tawaran berlakon secara berterusan, pelakon Mira Filzah kini mahu memperlahankan rentak kerjaya demi memberi tumpuan kepada anak sulungnya, Wan Khair Amir.

Menurut Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 33, anaknya yang kini berusia empat tahun berada dalam fasa gemar bertanya, sekali gus membuatkan hatinya sebagai ibu mudah tersentuh.

“Sejak tahun lepas saya ambil tawaran berlakon secara back to back, jadi selepas ini saya rasa mahu lebih fokus pada anak, kasihan dia.

“Sekarang dia sudah masuk fasa banyak bertanya... dia akan tanya saya di mana, kenapa tak ambil dia di sekolah.

“Bila terlibat dengan penggambaran, tempohnya agak panjang. Jadi apabila dia bertanya begitu, sebagai ibu memang hati saya terusik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mira turut berkongsi dia dan suami kini sedang berusaha untuk menimang cahaya mata kedua dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan usahawan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar pada September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Khair Amir.

Dalam perkembangan lain, Mira antara pelakon yang membintangi drama bersiri Aku Pilih Pelangi yang sudah mula ditayangkan sejak 16 April lalu menerusi platform penstriman Viu.

Selain Mira, karya arahan Riza Baharudin itu turut dibintangi Zahiril Adzim, Noki K-Clique, Datuk Seri Shah Rezza dan Auni Yusri.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi