suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri nak duit, bagi... Itu rahsia murah rezeki Zahiril Adzim

MESKIPUN isteri tidak lagi aktif dalam bidang seni, pelakon Zahiril Adzim berkata dia dan keluarga tidak berdepan isu kewangan.

Menurut Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, dia bersyukur kerana isterinya, Shera Ayob memahami situasi dirinya yang sedang berusaha memenuhi keperluan keluarga.

“Setakat ini hanya saya yang bekerja tapi kami tiada masalah dari segi komitmen bulanan atau duit.

“Shera pun sangat memahami dan sebagai suami sentiasalah bahagiakan isteri kalau nak rezeki murah.

“Saya tanam dalam kepala cari rezeki untuk anak dan isteri, saya memang dahulukan isteri. Saya sentiasa ada bajet untuk dia,” katanya kepada mStar.

Menginjak 15 tahun usia perkahwinan, Zahiril turut menyifatkan kehadiran cahaya mata mereka, Nadi Anaqi yang kini berusia 13 tahun sebagai pelengkap dan penguat hubungan suami isteri.

Untuk rekod, Zahiril dan Shera mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi