suria

Dicop sombong kerana riak wajah, Chacha Maembong minta jangan ‘judge’ luaran kena kenal dulu

PELAKON Chacha Maembong sering dilabel sombong gara-gara riak semulajadi pada wajahnya.

Dalam hal ini, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, berkata orang ramai hanya membuat penilaian luaran tanpa mengenal dirinya secara peribadi.

“Orang tengok saya daripada  wajah luaran saja jadi bila tak senyum terus cakap saya ni sombong siap label macam diva, padahal mereka tak kenal saya pun tapi terus menghakimi. 

“Ada sesetengah orang tu macam secara depan-depan cakap saya sombong, kejadian tu berlaku bila saya berjalan-jalan tapi saya tak marah atau kecil hati pun walaupun mereka cakap begitu," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Chacha berkata dia lebih selesa berpegang kepada prinsip hidup untuk tidak membalas perbuatan buruk dengan perkara sama.

Tambahnya, sebagai anak seni, dia perlu mempunyai kekuatan mental untuk berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi