suria

Jehan Miskin pilih hidup tenang, tak minat layan ‘game’ media sosial... “Datang cucuk, I block je”

PELAKON Jehan Miskin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir netizen yang gemar mencampuri urusan peribadinya di media sosial.

Menurut Jehan atau Mohamad Jehan Miskin, 47, kebebasan bersuara di platform digital kini seolah-olah memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menghakimi kehidupan orang lain tanpa batas.

“Ada baik dan buruk media sosial ini, sekarang semua orang boleh komen tentang hidup seseorang artis.

“Jadi saya rasa macam sibuklah mereka ni. Hidup saya, saya buatlah apa saya suka. Mereka dari luar bagi komen-komen, pergi jaga hidup sendiri dululah.

“Secara peribadi saya tak berminat nak hadapi perkara macam tu. Kalau ada yang nak bercakap benda baik boleh, tapi kalau sebaliknya saya sekat sahaja mereka,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Jehan berkata dia tidak berminat melayan ‘permainan’ media sosial yang dianggap membuang masa dan tenaga.

Sebaliknya, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada perkara yang memberi kepuasan diri seperti berkarya, selain menjalani kehidupan yang lebih tenang bersama syarikat miliknya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi