suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Achey dan isteri mulakan rawatan IVF selepas ‘birthday’ Tiara, minta netizen kongsi pengalaman

PELAWAK Achey dan isterinya, Anne memaklumkan mereka bakal meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekitar bulan Mei ini.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, rawatan itu akan bermula selepas sambutan hari jadi anak mereka Nur Tiara Zinnirah yang jatuh pada 15 Mei depan.

Justeru itu, mereka kini lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melalui proses tersebut, selain sudah mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan serta pakar bagi memilih pusat rawatan yang sesuai.

“Kita akan teruskan juga, tapi saya rancang selepas ulang tahun Tiara, selepas tarikh tu saya kena rehat yang secukupnya atau kualiti.

“Kalau dah buat rawatan tu saya tidak boleh banyak bergerak atau terhentak jadi memang kena betul-betul jaga.

Insya-Allah bulan lima ini kita mula,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Achey turut berkongsi bahawa kedua-duanya kini memberi fokus terhadap persediaan kesihatan termasuk pengambilan suplemen yang disarankan doktor.

“IVF bukan hanya pada perempuan, lelaki pun kena jaga. Saya pun kena ubah gaya hidup termasuk kurangkan perkara yang boleh jejaskan kesuburan,” ujarnya.

Untuk kali ini mereka memilih melakukan di pusat rawatan sekitar Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan serta menjimatkan kos berbanding sebelum ini yang dilakukan di Johor Bahru.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi