suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syasya Rizal rindu Dolla, sedia kolaborasi ikut kesesuaian imej

SELEPAS dua tahun meninggalkan Dolla, penyanyi Syasya Rizal mengakui perasaan rindu terhadap kumpulan itu.

Menurut Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, kenangan bersama kumpulan Dolla merupakan sebahagian daripada perjalanan seni yang cukup bermakna dan tidak mungkin dilupakan.

“Memang rindu bila tengok peminat masih ingat momen lama tapi itu adalah fasa lama saya… kehidupan kena terus ke hadapan.

“Hubungan kami semua okey, kami masih kawan, hari tu pun ada saja berjumpa dengan mereka waktu bulan puasa sebab kami satu label muzik sama,” katanya kepada mStar. 

Bercakap mengenai kemungkinan untuk kembali bergabung, Syasya tidak menolak peluang tersebut namun menjelaskan ia perlu disesuaikan dengan imej dirinya sekarang.

Tambah Syasya, perubahan itu penting memandangkan dia kini berada dalam fasa kehidupan yang berbeza berbanding ketika bersama Dolla sebelum ini.

“Kalau ada rezeki, boleh saja. Tapi mungkin kena ubah sikit dari segi muzik atau konsep supaya sesuai dengan imej saya sekarang… kena pastikan kedua-dua pihak selesa,” jelasnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi