suria

“Semua orang high maintenance sekarang” - Harissa Adlynn terbuka kalau ada orang nak taja bercuti

PELAKON Harissa Adlynn berpandangan individu yang bersikap ‘high maintenance’ membuatkan mereka bekerja keras demi mencapai apa yang diinginkan dalam hidup.

Menurut Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, 23, perkara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa, sebaliknya menjadi realiti buat generasi kini yang mahukan hidup lebih selesa.

“Saya rasa semua orang high maintenance, tak kisah siapa sebab generasi sekarang kena kerja keras untuk dapat apa yang dimahukan.

“Jadi disebabkan kerja keras yang dilalui, sebab itu kita jadi high maintenance. Lain orang, lain caranya,” katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai gaya hidupnya, Harissa berkata dia lebih cenderung untuk berbelanja pada makanan dan melancong sekiranya mempunyai peluang.

“Macam saya lebih kepada makan dan melancong. Kalau ada yang nak taja saya bercuti... have me,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi