suria

Kurangkan momen ‘sweet’ di media sosial, Boss James masih berkawan dengan Hawa Rizwana

PERSONALITI media sosial Boss James memilih untuk mengurangkan perkongsian di media sosial termasuklah hubungannya dengan Hawa Rizwana.

James atau nama sebenarnya James Lee, 34, berkata ia bertujuan mahu menjaga privasi dan mahu memberikan fokus kepada perkara positif.

“Selama ini bila saya lakukan content mengenai peniagaan, inspirasi atau lawak ramai yang suka jadi macam membantu orang ramai.

“Bagi kami sedikit ruang sebab rasanya lebih baik kalau kita tidak terlalu dedahkan sangat di media sosial terutama hal berkaitan peribadi ni kan, soal ada atau tidak biar kami saja yang tahu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, James memberitahu hubungannya dengan Hawa Rizwana masih baik setakat ini dan menafikan dakwaan kononnya mereka hubungan dingin dan berselisih faham.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi