suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut dapat ugutan lucah, Kak KM tak berani keluar rumah sendirian... Nak upah bodyguard rimas pula!

USAHAWAN sensasi, Liana Rosli mendedahkan pernah berdepan pengalaman tidak menyenangkan apabila menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di media sosial sejak kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut Liana atau mesra disapa Kak KM, 45, mesej berunsur ugutan itu membuatkan dirinya berasa takut, lebih-lebih lagi apabila individu terbabit menyatakan hasrat untuk mencarinya dan melakukan perkara tidak senonoh.

“Pernah suatu ketika mereka terlalu marah dan ugut nak cari saya serta lakukan perkara tak senonoh.

“Perkara itu memang buatkan saya takut sebenarnya. Sejak daripada itu saya jadi lebih berhati-hati dan tak keluar seorang diri,” katanya kepada mStar.

Walaupun berdepan pengalaman mencemaskan itu, Kak KM memilih untuk tidak melayan atau membalas mesej berkenaan kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk.

Malah, dia juga tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu mencetuskan provokasi dan memanjangkan cerita.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi