suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 tahun menyepi, Fiq Halim buat ‘comeback’ selepas bertemu Aepul Roza

SELEPAS hampir 10 tahun menyepi daripada industri muzik, penyanyi Fiq Halim akhirnya membuat keputusan untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Selain desakan peminat yang mahu melihatnya kembali berkarya, Fiq atau Mohammad Firdaus Abdul Halim, 45, berkata dorongan rakan baiknya iaitu Aepul Roza turut menjadi pembakar semangat untuk dia kembali mewarnai pentas muzik.

“Selepas lama tidak keluar mana-mana program TV, saya rasa malas nak buat persembahan tapi selepas Aepul Roza bagi semangat dan juga kawan-kawan lain siap ajak saya jadi penyanyi undangan dalam konsert Drama terus rasa lain.

“Disitu la permulaannya, perasaan nak kembali aktif jadi membuak-buak.

“Selain Aepul, desakan peminat juga antara salah satu sebab saya ingin aktif semula lagipun saya lihat macam kurang pelapis penyanyi rock sekarang ini kalau negara jiran ramai kan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Fiq bakal beraksi dalam Konsert Trilogi bersama Aepul Roza dan Aweera bertempat di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia pada Julai ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi