suria

Tawaran komedi kurang, Pak Ya cuba nasib sebagai pencipta lagu

PELAWAK Ilya Senario mengambil keputusan mencuba nasib beralih ke bidang muzik dengan menjadi komposer dan penulis lirik.

Ilya atau lebih mesra disapa Pak Ya berkata, keputusan itu dibuat memandangkan tawaran komedi semakin berkurangan selepas berpindah ke Ipoh, Perak.

“Tahun 2026 ni saya mahu fokus kepada penciptaan lagu, sebenarnya saya sudah buat lagu lama sejak dengan Senario dulu untuk album pertama dulu bertajuk Anje-Anje tapi dulu saya kurang mahir bab muzik ni.

“Jadi sekarang ini saya sudah tahu proses itu, jadi mungkin tahun ini fokus lebih kepada hasilkan lagu ciptaan nanti.

“Untuk bidang lawak memang ada sekiranya ada permintaan tapi saya bila sudah berumur ni mungkin berbeza dengan pelawak lain sebab saya sekarang lebih bermain dengan lakonan serta emosi jadi tak tahu orang suka atau tidak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi