suria

Pandangan mata kiri Harun Hashim semakin kabur, tak jemu ziarah pusara arwah isteri setiap hari

KEHILANGAN insan tersayang bukan sesuatu mudah untuk diterima, apatah lagi yang pergi itu adalah teman hidup yang setia menemani suka dan duka.

Bagi pelakon Harun Hashim, 70, pemergian isteri tercinta iaitu Sakinah Ganjali pada tahun 2024 meninggalkan kesan yang amat mendalam buat dirinya.

Sejak pemergian arwah, Harun berkata dia lebih selesa membawa diri dan menghabiskan masa di pusara isterinya itu.

“Saya selesa untuk tinggal kawasan kampung macam ni, walaupun jauh daripada bandar tapi rasa tenang je dan tiada masalah untuk saya.

“Lagipun senang untuk saya menziarahi pusara arwah isteri saya setiap hari tanpa jemu, rasa dekat dengan isteri saya bila tinggal sini… arwah memang tiada tandingannya sampai sekarang tiada siapa yang boleh ganti arwah,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim keempat ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi pelakon veteran Harun Hashim ini untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan kepadanya.

KPJ Healthcare diwakili Pegawai Perubatan Klinik Waqaf An-Nur Ijok iaitu Dr Siti Sarah Wahidah untuk melihat sendiri keadaan terkini Harun Hashim.

Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Harun juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia. 

Program mStar Baek Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi