suria

Slam buat konsert bukan untuk bersaing, mahu kekal relevan hargai sokongan peminat

PEMAIN gitar Slam iaitu Slam menegaskan konsert yang dianjurkan kumpulan ini bukanlah bertujuaan untuk bersaing dengan band lain.

Menurut Shah atau Shah Nizam Abdul Halim,52, apa yang dilakukan kumpulan Slam hanyalah untuk kekal relevan dalam industri selain mengubat kerinduan peminat yang masih setia menyokong perjalanan seni mereka.

“Sejak dulu lagi Slam memang ada konsep sendiri, begitu juga dengan band lain, kami keluar buat konsert bukan untuk bersaing malah kalau bersaing pun tidak kena dengan kategori muzik.

“Kami ada kategori muzik sendiri dan peminat sendiri malah sentiada ada orang yang beri sokongan penuh buat kami.

“Bercakap soal persaingan tu jadi kami tidak pernah fikir ke arah itu, kalau ada kumpulan lain nak buat juga kami alu-alukan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Slam akan menganjurkan Konsert The Grand Slam Uplugged 2 bakal berlangsung di Mega Star, Arena, Kuala Lumpur pada 20 Jun ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi