suria

Lega bukan sakit leukemia, Shahida mula paksa anak-anak minum minyak zaitun... “Saya minta maid ambil video”

USAHAWAN Datin Seri Nur Shahida menarik lafaz lega apabila anak keduanya iaitu Qadejah El Zahra disahkan bebas daripada sebarang penyakit berbahaya selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan.

Menurut Shahida atau Nur Shahida Mohd Rashid, 41, keputusan pemeriksaan lanjut mengesahkan Qadejah tidak menghidap leukemia sekali gus membuatkan mereka sekeluarga berasa sangat bersyukur.

"Bila doktor kata memang sah bukan leukemia saya dah rasa lega sedikit.

"Insya-Allah saya rasa perubatan sekarang makin canggih, dan setiap penyakit itu ada cara perubatan yang sesuai," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Shahida berkata pengalaman tersebut membuatkan dia lebih menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan terutamanya untuk anak-anak.

Malah, dia kini mengamalkan rutin harian dengan memberi anak-anak minum minyak zaitun sebagai usaha menjaga kesihatan mereka.

"Sekarang setiap pagi memang saya bagi anak-anak minum minyak zaitun, suka atau tidak semua anak kena minum.

"Kalau siapa tak nak saya suruh pembantu rumah buat video hantar kat saya, terutama Qadejah memang saya paksa," jelasnya.

Sebelum ini Qadejah atau mesra disapa Cess dirawat di sebuah hospital swasta selepas mengalami sesak nafas.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi