suria

“Abang Perodua tak boleh mengaku komposer, Zynakal boleh!” - Aepul Roza nasihat jangan dengki lagu AI

PENYANYI dan komposer Aepul Roza berpendapat fenomena lagu Kecerdasan Buatan (AI) seperti yang sedang tular di media sosial tidak dijadikan isu besar dalam industri muzik kerana ia sekadar hasil penggunaan teknologi semasa.

Menurut Aepul atau Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 39, individu yang menghasilkan lagu berkenaan hanya menggunakan kemudahan sedia ada dan tidak wajar dikecam secara berlebihan.

“Bagi saya kita tak perlu dengki ataupun marah sangat dengan fenomena ‘Abang Perodua’ itu. Dia cuma gunakan tool yang ada dan kebetulan output dia diterima masyarakat sebab lagu itu catchy dan trending.

“Kita kena faham teknologi sekarang memang berubah. AI ini bukan benda kecil, dia sudah jadi perubahan budaya dunia dan kita memang kena adapt,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Aepul memberitahu individu yang mencipta lagu menggunakan AI tidak wajar digelar sebagai pengkarya atau pencipta muzik.

“Macam Amyrul Bakhtiar atau Azlan tu tidak wajar digelar komposer sebab mereka hanya cipta lagu guna AI tapi Zynakal boleh sebab dia pembuat melodi muzik,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Aepul bakal beraksi dalam Konsert Trilogi bersama Fiq Halim dan Aweera bertempat di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia pada Julai ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi