DUA kali gagal dalam perkahwinan, pelakon Zarina Anjoulie tampil memberikan pandangan berhubung isu wanita lebih memilih pasanagan bersandarkan faktor kewangan.Zarina atau Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 39, berkata tiada salahnya sekiranya seorang wanita menolak lelaki yang berpendapatan jauh lebih rendah kerana bimbang perlu menanggung pasangan pada masa depan. "Tak salah. Saya dua kali kahwin, dua kali kena benda sama. Mereka (lelaki) akan brain wash otak konon susah, senang sama-sama. Perkongsian Zarina di Threads menarik perhatian ramai."Kalau awak susah tak ada seorang jantan pun nak datang tolong tanggung awak. Kalau minta (duit) kebanyakannya akan terus cop kita gold digger (kaki kikis)," katanya. Zarina berkongsi perkara itu bagi memberi respons terhadap sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads mengenai perbezaan gaji dalam hubungan. Dalam pada itu, Zarina menegaskan wanita tidak sepatutnya menanggung beban hidup lelaki yang tidak berusaha memperbaiki keadaan kewangan mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Coli hitam Zarina Anjoulie dibida pada harga RM5,800, identiti pembeli dirahsiakanARTIKEL BERKAITAN: Artis sendu lapor MCMC, Zarina Anjoulie anggap industri seni penuh manusia hipokrit… Mahu londehkan sisi gelap selebriti"Jadi kenapa kita perempuan kena susah dengan lelaki? Beritahu dia datang semula sekiranya sudah ada pendapatan lebih banyak. "Kalau awak boleh (gaji besar), kenapa dia tak boleh? Tak kisahlah bawa grab buat kerja lebih masa atau jual bundle ke. "Tak malu nak cari rezeki lebih janji rajin," ujarnya. Zarina banyak belajar daripada pengalaman.Terdahulu, seorang pengguna Threads mencetuskan perbincangan apabila mempersoalkan jurang pendapatan dalam sesebuah hubungan serta kebimbangan wanita terhadap tanggungjawab kewangan selepas berkahwin.Menurut individu tersebut, wanita yang mempunyai pendapatan lebih tinggi juga berhak memilih pasangan yang setanding daripada segi kewangan demi menjamin kestabilan hidup pada masa depan."Kalau gaji perempuan RM8,000, salah ke dia reject lelaki gaji RM2,000 sebab takut kena tanggung biawak hidup?" tulis individu berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!