suria

Artis sendu lapor MCMC, Zarina Anjoulie anggap industri seni penuh manusia hipokrit… Mahu londehkan sisi gelap selebriti

Zarina sudah muak dengan industri penuh hipokrit.

BENGANG dituduh sebagai artis yang memalukan, pelakon Zarina Anjoulie bersedia untuk mendedahkan segala sisi gelap dunia artis yang diketahuinya.

Zarina atau lebih mesra dengan disapa Anju, 38, dipercayai mahu bertindak demikian selepas geram dengan tuduhan seorang individu dipercayai pelakon berusia yang membuat laporan terhadap dirinya di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Memandangkan kes MCMC saya dah selesai, sekarang untuk mak cik artis sendu yang lapor aku!

Zarina sudah bersedia untuk lakukan pendedahan.

"Kau sabar jap, kau cakap aku memalukan artis?," luahnya.

Zarina berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Menurut Zarina, pelbagai sisi gelap artis yang tidak diketahui umum, malah lebih memalukan industri seni. 

"Korang nak tahu tak berlambak-lambak benda-benda artis-artis sakai ini buat benda yang lebih memalukan yang korang tak tahu.

ARTIKEL BERKIATAN: Zarina Anjoulie hadir beri keterangan di SKMM, telefon bimbit dirampas untuk siasatan

ARTIKEL BERKIATAN: Zarina Anjoulie buat permohonan maaf, tampil cerita sebenar isu dengan Kak Ton

"Biar aku dedah satu-satu, sesiapa perlu sedikit pendedahan? Aku muak dengan industri penuh hipokrit ini!," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya sudah tidak sabar dengan pendedahan yang bakal dilakukan Zarina.

"Dedahkan! kami sudah bersedia untuk mendengar.

"Londehkan semuanya," antara komen netizen.

Pada Ogos lalu Zarina pernah dipanggil MCMC berhubung kontroversi mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain