SELEPAS sekian lama menyepi daripada perhatian umum, penyanyi Naim Daniel kembali mengubat kerinduan peminat apabila muncul menyanyikan semula lagu Terasing bersama Iman Troye.Kemunculan Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 29, itu disambut baik oleh peminat yang sekian lama menantikan kelibatnya kembali menyanyi. Meskipun hanya sekadar rakaman cover santai, persembahan tersebut menerima reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa rindu terhadap suaranya.Naim dan Iman (kanan) berduet menerusi cover lagu Terasing."Rindu Naim Daniel. Tak tau berapa kali aku kena nangis (dengar lagu). "Rindu suara Naim, nak lagi please. "Come on Naim, come back stronger," tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat luah rasa rindu, Naim Daniel pilih ‘low profile’ elak jadi bualan hangatARTIKEL BERKAITAN: Rakan artis sebak lihat kemunculan Naim Daniel, Iman Troye dan Dalia Farhana menangis terharuVideo yang dimuat naik oleh Iman di Instagram miliknya itu berjaya meraih lebih 300,000 tontonan serta 17,000 tanda suka.Menurut Iman, rakaman lagu saduran itu dibuat secara santai tanpa perancangan rapi."Cover versi suka-suka. Tahniah semua untuk top-top di YouTube trending," katanya. Naim sudah lama menyepi dalam dunia hiburan.Pada tahun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun. Kesalahan itu didakwa berlaku pada 19 Mei 2025 kira-kira pukul 8.56 malam di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Jika sabit kesalahan, penyanyi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!