suria

Coli hitam Zarina Anjoulie dibida pada harga RM5,800, identiti pembeli dirahsiakan

Zarina berjaya menjual pakaian dalam preloved miliknya.

PELAKON Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan penjualan pakaian dalam miliknya menerusi kaedah bidaan di media sosial.

Zarina atau Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 39, berkata terdapat pasangan suami isteri yang sanggup membida pakaian dalam tersebut sehingga mencecah RM4,200.

"Pasangan suami isteri membida baju dalam pada harga RM4,200. Ada tawaran lebih tinggi tak? Jomlah," katanya. 

Zarina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Zarina membuat jualan preloved pakaian dalam di media sosial.

Bagaimanapun, bidaan itu tidak terhenti di situ apabila Zarina kemudian mengemas kini bahawa baju dalam tersebut telah pun dilelong dengan harga tertinggi sebanyak RM5,800. 

Menerusi hantaran itu, Zarina menjaga privasi pembeli apabila tidak mendedahkan nama atau wajah, sebaliknya berkongsi bukti bayaran yang dibuat menerusi perbualan di WhatsApp. 

Menurut Zarina, pakaian dalam miliknya itu merupakan barangan preloved dan akan dijual kepada pembida tertinggi.

"Baju dalam berjenama saya (preloved) untuk dijual. Akan dijual kepada pembida tertinggi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie hadir beri keterangan di SKMM, telefon bimbit dirampas untuk siasatan

ARITIKEL BERKAITAN: Artis sendu lapor MCMC, Zarina Anjoulie anggap industri seni penuh manusia hipokrit… Mahu londehkan sisi gelap selebriti

"Harga permulaan RM1,588 akan diumumkan esok. Ini memang akan jadi menyeronokkon, nantikan," ujarnya. 

Dalam pada itu, pelakon drama Anak Pontianak itu turut tampil mempertahankan tindakannya serta menegaskan kehadirannya di media sosial adalah atas tujuan perniagaan.

"Tolong faham satu perkara, saya berada di media sosial untuk buat duit bukan untuk cari kawan. 

"Jadi saya tak perlu datang sini (media sosial) untuk cari pengesahan daripada sesiapa. 

Perkongsian Zarina di Threads miliknya. 

"Kalau tak suka cara saya tak mengapa sebab tak menjejaskan baki akaun bank saya pun. Anda buat cara awak sendiri, saya tetapkan doakan yang terbaik untuk anda semua," katanya.

Sebelum ini, Zarina mencetus kontroversi apabila mempromosikan akaun telegram yang dijual secara terbuka untuk dilanggan. 

Ramai netizen membuat spekulasi akaun telegram tersebut dibuka bagi tujuan menjual kandungan lucah. 

Namun, aktres berkenaan menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tiada sebarang kandungan aksi panas disediakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bekas wartawan FMT ditahan