suria

‘Fake people’ memang wujud, Riena Diana hanya mampu gelak jadi bahan umpatan orang industri

Riena ambil pendekatan tidak ambil pusing apabila ada yang bercakap tentang dirinya.

PELAKON Riena Diana mendedahkan dia pernah berdepan situasi menjadi bahan umpatan daripada individu tidak dikenali dalam industri seni. 

Bukan hanya dirinya, malah kata Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, kekasihnya iaitu aktor Keith Foo turut terkena tempias sama.

“Saya pernah dapat tahu orang kutuk saya dan Keith (orang dalam industri sendiri), padahal kami tidak saling mengenali secara rapat.

Komen balas yang dikongsi Riena. 

“Mestilah saya kenal mereka sebagai public figure, tetapi sekadar begitu sahaja,” katanya.

Riena berkongsi perkara tersebut dalam ruangan komen pada satu hantaran yang dimuat naik oleh pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay.

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana sudah ada nama Islam untuk kekasih hati, Keith Foo mahu dalami agama sebelum nikah 

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana ludah muka Faizal Hussein, takut tapi terpaksa buat!

Enggan mengambil serius hal berkenaan, kejadian seperti itu membuatkan dia sedar tentang sikap sebenar manusia yang tidak jujur.

“Saya hanya mampu gelak sahaja. Dalam fikiran saya, memang wujud ‘fake people’ sebab bila jumpa depan-depan, bukan main baik dan mendoakan kami berdua.

Riena dan Keith pernah berdepan situasi menjadi bahan umpatan. 

“Padahal kami tahu cerita sebenar. Kami mampu gelak sahaja,” ujarnya.

Terdahulu Liyana bertanya pendapat orang ramai tentang sikap sesetengah individu yang suka bermuka-muka dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bekas wartawan FMT ditahan