PENYANYI Datuk Awie mengakui kesedaran untuk menjaga kesihatan dan berat badan hadir selepas melihat perubahan ketara pada diri sehingga hampir memudaratkan pergerakannya.Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 58, berat badannya sebelum ini pernah mencecah hampir 100 kilogram (kg) sekali gus jauh melebihi berat idealnya sekitar 70 kg. “Perkara ini sebenarnya subjektif, tetapi apabila saya sedar berat badan sudah melampau, saya tahu perlu buat sesuatu sebelum ia memudaratkan diri sendiri.Awie masih dalam fasa mahu turunkan lagi berat badan.“Berat saya ketika itu sudah lebih 90 kg dan jauh daripada berat asal. Kalau dibiarkan, pergerakan saya akan jadi lembab,” katanya kepada mStar.Awie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Wings Orang Kita di Padi House, Lalaport, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Jumaat.Menurut vokalis kumpulan Wings itu, keputusan untuk menurunkan berat badan dibuat bersempena persiapan Konsert 40 Tahun yang berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor, tahun lalu.Jelas Awie, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kg dalam tempoh kira-kira dua hingga tiga bulan hasil disiplin ketat daripada segi senaman dan pemakanan.ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jenama Wings rapuh, Awie perkenal dua anggota baharu… “Rugi kalau dibiarkan sayap itu patah”ARTIKEL BERKAITAN: “Susah mahu jadi seperti ayah” - Anak Awie kini mula susun langkah bergelar penyanyi“Dalam tempoh persiapan konsert, saya memang hentak siang dan malam. Makan dan minum semua kena jaga sebab itu sangat penting, lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat.“Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri. Kita sudah berada pada fasa umur yang perlu lebih berhati-hati dan fikir tentang kesihatan,” ujarnya.Tambah Awie, sepanjang usaha menurunkan berat badan, dia dibimbing oleh jurulatih peribadi di Ultimate Gym iaitu Terry Gallyot yang juga pemegang gelaran Mr. Asia.Katanya, keseluruhan program latihan dan pemakanan disusun rapi bagi memastikan penurunan berat badan berlaku secara sihat. Kita sudah berada pada fasa umur yang perlu lebih berhati-hati dan fikir tentang kesihatan.DATUK AWIEPENYANYI“Saya perlu ambil protein yang tinggi untuk menjaga keadaan kulit supaya kekal kental dan tidak mengendur. Kalau tidak dijaga, kulit boleh jadi berkedut.“Sebab itu saya amalkan pengambilan telur, protein, sayur-sayuran serta makanan yang dibakar dan direbus,” jelasnya.Tidak terhenti di situ, Awie memberitahu dia masih merancang untuk menurunkan berat badan sebanyak lima hingga tujuh kg lagi demi memastikan tahap kecergasan berada pada tahap terbaik.Wings bakal adakan konsert Orang Kita di Zepp KL.“Setakat ini saya masih dalam perancangan untuk turunkan lagi sedikit berat badan supaya stamina dan pergerakan saya kekal cergas,” katanya.Dalam perkembangan lain, Awie bersama Wings bakal mengadakan Konsert Wings Orang Kita yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Januari ini.Wings juga kini diperkuatkan dengan penambahan dua ahli tetap baharu iaitu Pae dan Ilham Ishak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube