suria

“Berak pun saya TikTok” – Leona berjaya buat ‘prank’, ramai sangka kahwin senyap-senyap

Foto yang dikongsi Leona membuatkan ramai salah faham.

PEMPENGARUH Kasih Iris Leona tampil menjelaskan salah faham apabila ramai menyangka dia sudah berkahwin selepas memuat naik foto berpakaian pengantin.

Leona, 24, turut berseloroh memberitahu dia pasti akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya ada berita tentang hari bahagianya.

Malah, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini mengakui masih belum mempunyai teman lelaki.

“Korang fikir saya akan kahwin senyap-senyap ke? Berak, langgar kereta, patah hati dan bangun pagi pun saya buat TikTok.

Leona berkongsi cerita penglibatannya dalam MV Gagal Setia. 

“Nampak sangat tiada teman lelaki atau suami. Jangan cakap suami… boyfriend pun tiada untuk update,” katanya.

Leona berkongsi perkara tersebut selepas ramai yang salah sangka dia berkahwin secara senyap.

Mendapat pelbagai reaksi di media sosial, ia seakan-akan memberi idea buat Leona untuk merahsiakan perkahwinannya sekiranya bertemu jodoh kelak.

“Kalau saya kahwin, dari 10 kilometer boleh nampak batu di cincin saya. Jangan risau.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona senyap-senyap mohon kursus ‘degree’ diminati, tak mahu ikut pilihan ibu bapa 

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah Leona bergelek atas pentas, mahu mula kerjaya jadi penyanyi dangdut

“Tapi sekarang nak kahwin senyap, macam seronok je,” ujarnya.

Leona sebelum ini memuat naik gambar dirinya berpakaian serba putih dan berada dalam suasana sebuah majlis perkahwinan.

Foto tersebut merupakan rakaman daripada penglibatannya dalam video muzik lagu terbaharu penyanyi Ryenald Guntabid berjudul Gagal Setia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bekas wartawan FMT ditahan