SEORANG pengguna di aplikasi Threads tampil menegur Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin yang bakal mengadakan konsert berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (SNBJ) pada 14 Februari ini supaya berhati-hati sebelum meneruskan acara itu. Kerisauan yang dibangkitkan pengguna media sosial itu berhubung teguran secara terbuka yang dibuat seorang pempengaruh Islamik mengenai hukum halal dan haram konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di lokasi sama baru-baru ini. "Salam Ella, tak nervous ke nak buat konsert di SNBJ nanti? Sebab sekarang ini kecoh isu konsert haram dan aurat suara wanita. Lagi-lagi dah bergelar hajah dan konsert pun dalam bulan Syaaban (beberapa hari nak Ramadan) dan bakal pecah record Coldplay 100,000 penonton?Antara luahan dan kata-kata semangat yang diberikan kepada Ella. "Nanti ramai ustaz/ustazah dan netizen akan muncul dengan dalil dan hukum hakam," tulisnya.Perkongsian yang dibuat individu itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet, namun rata-rata meminta Ella supaya tidak risau berkenaan isu yang tular kerana tidak akan menjadi sasaran golongan sedemikian."Tak perlu dirisaukan. Waktu artis-artis lain selain Siti mereka akan berhibernasi. Mereka akan keluar kalau ada isu yang hanya melibatkan Siti sahaja. Diharapkan penjelasan ini bukan sahaja mengurangkan tapi melenyapkan terus rasa nervous di hati pihak anda.ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak uar-uarkan lagi banyak pahala” - Ella rupanya derma secara senyap, puluhan terima bantuan bulanan tak tahu siapa pemberi sebenarARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu ‘kurung diri’ apabila dikecam, Ella nasihat penyanyi baharu kena berani tapi jangan ikut emosi"Ella jangan risau, komen dan kecaman tersebut hanya untuk Siti. Kita akan dengar semula bila konsert tradisional Siti yang seterusnya."Jangan risau masa artis lain ustaz atau ustazah jadian takkan bersuara," tulis beberapa netizen di ruangan komen.Terdahulu pempengaruh Islamik berbadan sado itu tampil dengan pendirian tegas berkaitan soal halal dan haram berkenaan hukum konsert Siti.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!