suria

Azar Azmi guna duit sumbangan Aliff Syukri langsai hutang suami, bukan bayar ikat jamin seperti didakwa

Nama Azar terus menjadi bualan ramai susulan kontroversi melibatkannya.

PELAKON Azar Azmi menyangkal dakwaan kononnya dia menggunakan wang pemberian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri bagi urusan ikat jamin suami.

Jelas Azar, 37, mengikut prosedur undang-undang, dia mahupun ahli keluarga yang lain tidak dibenarkan untuk bertindak sebagai penjamin kepada suaminya iaitu Mohd Apri Hazreen.

"Tanya orang itu, dia berjumpa dan bercakap dengan siapa. Selagi tak keluar daripada mulut saya, itu bukannya dari saya.

Azar menyangkal dakwaan menggunakan duit bantuan untuk jamin suami.

"Saya tak boleh nak ikat jamin sebab mengikut perintah mahkamah, saya dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan mengikat jamin suami sendiri," katanya kepada mStar.

Azar ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Media Prima yang berlangsung di Petaling Jaya, pada Khamis.

Mengulas mengenai penglibatan suaminya dalam kes penipuan wang, Azar mengakui dia langsung tidak menyedari sebarang aktiviti mencurigakan memandangkan Mohd Apri menjalani rutin harian seperti pekerja biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Azar Azmi mohon kurangkan wang jaminan, perlukan duit jalani rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka masih ada ibu” - Azar Azmi tak jaga tujuh anak tiri, kahwin selepas suami bercerai dengan bekas isteri

Malah, kehidupan mereka juga tidak menunjukkan sebarang tanda kemewahan yang luar biasa sepanjang tempoh mereka bersama.

"Saya memang tak tahu (dakwaan penipuan duit) sebab apa yang saya nampak pada mata saya dia keluar pergi kerja macam orang lain. Kalau dia balik lewat, dia akan cakap dia luangkan masa dengan anak dia.

"Tiada kemewahan. Menunggu duit hujung bulan. Tak ada keistimewaan lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Azar menjelaskan wang berjumlah RM40,000 yang diterimanya daripada Aliff Syukri digunakan sebaik mungkin untuk melangsaikan tunggakan hutang suaminya yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.

Suami Azar (dua dari kanan) memohon untuk dikurangkan wang jaminan.

Suami Azar (dua dari kanan) memohon untuk dikurangkan wang jaminan.

"Duit RM40,000 yang dapat dari Datuk Aliff Syukri saya gunakan untuk melangsai hutang. Kesemua hutang, dianggarkan bernilai ratusan ribu," tambahnya. 

Sebelum ini, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 56 tahun membabitkan kerugian sebanyak RM270,811.

Azar yang sebelum ini turut direman bagi membantu siasatan bagaimanapun telah dibebaskan dan bakal bertindak sebagai saksi pendakwaan bagi kes berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain