suria

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan jalan raya, cedera bengkak bahagian kaki

Siti terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuh Raya MEX.

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada Khamis. 

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Siti iaitu Rozi Abdul Razak yang memaklumkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan empat buah kereta. 

"Ramai yang menghubungi kami bertanyakan tentang Siti. Kami baru saja selesai mengadakan persembahan di Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2) berlaku kemalangan. 

Rozi memaklumkan keadaan terkini Siti (kanan) selepas teribat dalam kemalangan jalan raya.

"Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan kereta dinaiki saya berada dalam Jarak beberapa kereta di belakang," katanya. 

Rozi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada petang Khamis. 

Dalam pada itu, Rozi turut memaklumkan keadaan terkini Siti yang dilaporkan mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kaki. 

ARTIKEL BERKAITAN: Video Siti Nurhaliza santuni peminat OKU tular, netizen sebak lihat momen cium

ARTIKEL BERKAITAN: Belanja pelajar sekolah rendah makan, tindakan spontan Siti Nurhaliza dipuji... “Panjang lagi legasi peminat beliau kalau begini”

Bagaimanapun, penyanyi lagu Cindai itu dikatakan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Kami membawa Siti keluar dari kereta yang mengalami kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami. 

"Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak pada kaki. Alhamdulillah segalanya selamat. Terima kasih atas doa semua," ujarnya.

Sementara itu, Siti menerusi Instagram Story meluahkan syukur dipercayai berkait kemalangan ini.

"Alhamdulillah," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain