Isteri (kanan) tidak pernah meletakkan sebarang sekatan untuk Zahiril bekerjasama dengan mana-mana aktres.
ISTERI kepada pelakon Zahiril Adzim iaitu Shera Aiyob tidak pernah meletakkan sebarang sekatan untuk suaminya itu bekerjasama dengan mana-mana aktres meskipun rakan gandingan itu pernah terpalit isu panas.Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, menjelaskan kepercayaan merupakan kunci utama keharmonian hubungan rumah tangga mereka, selain bersikap profesional dalam urusan kerjaya. "Saya tidak pernah menolak untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita. Sebagai pengurus, isteri saya akan bertanya sama ada saya selesa atau tidak untuk berlakon dengan gandingan tersebut dan selalunya jawapan saya adalah okey.Zahiril tidak pernah menolak tawaran disebabkan faktor individu."Isteri saya bukan seorang yang cerewet, cuma dia sering mengingatkan supaya saya sentiasa berhati-hati dan menjaga diri ketika berada di set penggambaran," katanya kepada mStar. Zahiril berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi drama Isteri Ke-2 yang diadakan di Balai Berita Media Prima, Bangsar pada Selasa.Malah kata Zahiril, dia tidak pernah menolak tawaran disebabkan faktor individu, sebaliknya lebih selesa memberikan fokus kepada naskhah dan watak yang diberikan.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kecilkan hidung” – Zahiril Adzim perjelas rawatan, cuma elak makin kembangARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dan kru makan lauk ikan sardin seharian, Zahiril Adzim dedah pengalaman tak ‘best’ di set penggambaran"Setakat ini, seingat saya, saya belum pernah bergandingan dengan pelakon yang berkontroversi. Namun, jika ada yang pernah terpalit isu dan saya tidak mengetahuinya, itu di luar pengetahuan saya," ujarnya. Dalam pada itu, Zahiril turut meluahkan rasa rindu untuk kembali berkongsi skrin dengan aktor senior, Zamarul Hisham.Jelasnya, kualiti lakonan dan keserasian yang pernah dibina sebelum ini membuatkan dia berharap agar ada pihak produksi dapat menggabungkan mereka semula dalam sebuah karya berkualiti.Zahiril percaya kunci utama keharmonian hubungan rumah tangga adalah kepercayaan."Saya memang teringin untuk berlakon semula dengan abang Zamarul Hisham. Kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi sudah lama tidak berada dalam naskhah yang sama."Perasaan itu datang secara tiba-tiba. Setakat ini belum ada rezeki, namun kalau terserempak di luar, kami ada juga berborak dan berkata seronoknya kalau dapat berlakon bersama lagi," ujarnya. Selain Zahiril, drama Isteri Ke-2 yang bakal menemui penonton di TV3 dan platform Tonton turut menampilkan Azira Shafinaz dan Baizura Kahar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!