PELAKON Azar Azmi mendedahkan detik perkenalannya dengan suami iaitu Mohd Apri Hazreen dianggap cukup luar biasa apabila mereka tidak melalui fasa percintaan seperti pasangan lain.Azar atau nama sebenarnya Azar Amir Azmi, 37, berkata suaminya itu secara tiba-tiba menyatakan hasrat untuk menyuntingnya sebagai isteri dan dia bersetuju menerima lamaran tersebut. "Kami tidak ada cintan-cintun pun sebab dia tiba-tiba ajak jumpa dan cakap mahu halalkan saya. Selepas itu saya balas dengan gurauan, kalau betul pergilah jumpa abang saya.Azar berkongsi perkata itu ketika siaran langsung bersama Vida. "Kemudian dia terus pergi jumpa abang betul-betul nyatakan hasratnya," katanya semasa siaran langsung bersama usahawan Datuk Seri Vida.Bercerita lanjut, Azar memberitahu mereka mula mengenali antara satu sama lain ketika terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan sebelum ini.Bagaimanapun perkenalan mereka pernah terputus seketika sebelum suami kembali menjejaki dan mencarinya semula.ARTIKEL BERKAITAN: Suami Azar Azmi mohon kurangkan wang jaminan, perlukan duit jalani rawatanARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri bantu Azar Azmi, berjaya kumpul RM40,000 dalam tempoh dua jam… “Duit ni nak beli keperluan anak”"Kami adalah kenalan semasa buat acara. Waktu itu saya terlibat beberapa kali misi bantuan, kenal daripada situlah. Kemudian kami terputus hubungan dan dia cari saya kembali."Sebelum ini tidak pernah berkawan ke apa pun, tiba-tiba sahaja dia cakap dekat saya seperti itu. Masa kenal dia itu, ya, saya anak dara," ujarnya.Mengulas mengenai dakwaan kononnya dia berkahwin kerana buatan ilmu hitam, Azar lebih selesa menyifatkan segala yang berlaku sebagai satu ketentuan yang sudah tertulis.Azar akui tidak pernah bercinta sebelum berkahwin dengan Apri. "Nak kata kena guna-guna itu, saya tidak berani nak tuduh. Tapi, apa yang berlaku ketika itu kita hanya serah hati sahaja dengan apa yang berlaku," tambahnya. Sebelum ini nama Azar menjadi perhatian ramai apabila dia dan suami direman dan didakwa di mahkamah atas penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran. Hasil perkahwinan Azar dan Apri, difahamkan mereka mempunyai dua cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!