suria

[V] Sudah dua tahun berlalu, Muaz Zabir minta henti spekulasi video ‘mesra’ dengan Bella Astillah

KECOH di platform Threads apabila seorang individu membuat ugutan secara terbuka ingin mendedahkan video ‘mesra’ yang dipercayai melibatkan pelakon Muaz Zabir dan penyanyi Bella Astillah.

Tampil menjawab isu tersebut, Muaz, 29, mengakui sedar tentang perkara yang sedang namun dia berharap orang ramai tidak lagi mengungkit kisah yang sudah dua tahun berlalu.

“Saya faham berita yang sedang tersebar di media sosial ketika ini. Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf jika perkara-perkara lepas dibawa sehingga hari ini dan menyebabkan ada pihak tidak berpuas hati.

Muaz sentiasa positif dengan kejadian yang berlaku.

“Sekali lagi saya minta maaf dan berharap semua pihak boleh bergerak ke hadapan. Bumi ini pun berpusing, takkan kita nak terus berada di situ sahaja.

“Tapi saya tidak boleh halang apa orang mahu lakukan atau dedahkan. Saya faham sifat manusia, ada iri hati dan hasad dengki, itu memang tidak dapat dielakkan,” katanya kepada mStar.

Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan bersama watch party Dorm 403 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan Aidilfitri Muaz Zabir dah tak sama selepas kehilangan ayah... “Setahun saya tak lalu tempat kemalangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Nama makin naik, Muaz Zabir akui wujud ‘politik’ dalam industri seni

Dalam pada itu, Muaz memaklumkan dia sendiri tidak pasti mengenai kewujudan video yang dijadikan ugutan tersebut.

“Saya pun tidak tahu sama ada perkara itu wujud atau tidak, kalau wujud rasanya sudah pernah keluar sebelum ini. Kita pun sudah minta maaf dan selesaikan secara baik.

“Saya rasa ketika isu ini mula timbul, saya orang pertama yang tampil mencari media untuk memohon maaf. Saya tidak menafikan atau mengiyakan, tetapi saya lakukan secara sukarela untuk meminta maaf kepada semua,” katanya lagi.

Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah.

MUAZ ZABIR

PELAKON

Pelakon ini juga berharap kisah lama melibatkan dirinya tidak lagi menjadi bahan bualan ramai. 

Malah mereka juga kini menjalani kehidupan masing-masing dan memberi fokus untuk kerjaya. 

“Saya harap semua boleh buka buku baru, jadi manusia lebih baik dan bercakap perkara positif. Hentikan spekulasi atau kecaman terhadap mana-mana pihak.

Muaz anggap masing-masing sudah bahagia.

“Saya sendiri tidak terganggu kerana saya seorang yang berfikiran positif. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah.

“Masing-masing juga sudah melalui fasa kehidupan berbeza, ada yang sudah bertunang dan bahagia. Perkara ini pun sudah dua tahun berlalu, jadi saya tidak tahu apa lagi yang mahu dibangkitkan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain